Lokasi Yang Perlu Anda Singgah Sekiranya Melancong Ke BALI
Dahulunya, Kuta merupakan perkampungan nelayan yang tenang. Kini kawasan sekitar Pantai Kuta meriah dengan premis makan dan tempat penginapan termasuklah lokasi untuk berhibur. Sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam, jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai yang terletak di selatan Bali.
1) Perkampungan Mas
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
2) Kintamani
Bagi mereka yang melihat pemandangan kawah gunung berapi yang telah lama tidak aktif, boleh ke Kintamani.
3) Bali Pulina
Ingin mencuba kopi bali sedap yang pelbagai ? Anda boleh singgah di Bali Pulina. Terdapat bermacam info menarik mengenai kopi dari jenis buah kopi hingga proses menghasilkan minuman kopi yang lazat. Anda juga bakal disajikan dengan view yang menarik sepanjang di sini
4) Tohpati Village
Tohpati Village sebuah kawasan yang mempunyai industri batik yang sememangnya popular bagi penggemar batik.
5) Celuk
Celuk adalah kawasan yang terkenal dengan pembuatana emas dan perak di Indonesia.
6) Pasar Badung
Pasar tradisional itu merupakan antara pasar terbesar di Bali. Pasar itu beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa henti. Berminat mencari makanan penduduk tempatan atau buah-buahan yang unik boleh datang ke pasar ini.
7) Uluwatu
Kawasan pantai yang indah dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Uluwatu juga terkenal dalam kalangan peluncur air kerana ombaknya yang kuat.
8) Air Terjun Cepung
Air Terjun Cepung yang berketinggian 15 meter ini kalau sekali dpandang seperti jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari, disebabkan ini jugalah air terjun ini turut dipanggil sebagai air terjun dari langit.
9) Dream Beach
Terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan anda tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak.
10) Pura Ulun Danu Beratan
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
11) Air Terjun Sekumpul
Merupakan salah satu daripada tarikan alam semulajadi yang terindah di Bali. Lihat sahaja air yang mengalir dari tujuh air terjun serentak.
12) Besakih Temple
Kuil ini dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
13) Waterbom Bali
Ini adalah antara taman tema yang ada di Bali. Kalau anda nak tahu, salah satu tarikan di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia!
14) Penglipuran Village
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
15) Tirta Gangga
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.
Comments
Post a Comment