TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Hai assamualaikum guys. Kembali lagi kita di jelajah melaka bersejarah. Harini saya ingin kongsikan tempat menarik di Melaka. Seperti yang korang tahu Melaka kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
1) Menara Taming Sari Melaka
Kalau pertama kali bercuti di Melaka destinasi ini wajib anda terjah bersama anak-anak. Satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka & mudah dicari. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar Bandar Hilir Melaka seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling best untuk mencuba adalah waktu petang kerana berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam atau pada waktu malam dengan keindahan neon warna-warni yang menghiasi Bandar Melaka
2) Muzium Kapal Selam
Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai. Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri Melaka.
3) Melaka River Cruise
Satu lagi aktiviti wajib bagi pelancong yang datang bercuti ke Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka untuk melihat keindahan kota Melaya dari sebuah bot. Waktu terbaik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang panas dan pemandangan di sepanjang sungai juga lebih menarik kerana hiasan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas nak berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.
4) Masjid Selat Melaka
Satu mercu tanda baru yang menjadi kebanggaan orang Melaka yang terletak di Pulau Melaka. Lokasi masjid yang betul-betul mengadap Selat Melaka pasti memberi pengalaman menunaikan solat di sini yang berlainan dengan bayu laut yang sentiasa bertiup menyejukkan suasana dalam masjid. Turut dikenali sebagai Masjid Terapung Melaka, senibina unik & pemandangan menarik pada waktu senja membuatkan destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong & kaki kamera untuk bergambar.
5) Pantai Klebang Melaka
Destinasi tarikan pelancongan pantai yang paling popular dan lokasinya juga tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Pantai ini mempunyai pesisiran pantai berpasir yang lapang dan luas. Sering menjadi kunjungan orang ramai baik untuk riadah pagi/petang atau sekadar lepak-lepak bersama kawan-kawan. Klebang juga terkenal dengan minuman santai coconut shake Klebang dan lokasi sebenar Klebang Original Coconut Shake yang sering menjadi bualan mulut orang terletak hanya 3-4 km dari kawasan Pantai Klebang. Beberapa kilometer dari sini juga terdapat beberapa destinasi tempat makan best yang menyajikan makanan popular Melaka seperti asam pedas & juga cendol bakar. Sesuai untuk anda terjah makan petang atau malam selepas penat beriadah di Pantai Klebang.
6) Galeri Rumah Terbalik di Melaka
Kalau anda ada anak-anak kecil, bolehlah bawa mereka ke sini untuk merangsang sel-sel otak mereka supaya lebih berhubung. Mana taknya kerana setiap susunan perkakasan di dalam galeri di sini semuanya dalam keadaan tunggang terbalik. Sesuai untuk lawatan bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama.
7) Kota A’Famosa
Destinasi yang paling ikonik untuk dilawati kalau bercuti ke Melaka terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk lebih mendekati tentang sejarah Melaka. Binaan kubu berbongkah batu ini yang berusia lebih 500 tahun telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.
8) Muzium Samudera (Flora de la Mar Maritime Museum)
Aktiviti yang paling teruja di sini sudah tentulah bergambar di dek utama kapal perang ini seperti ala-ala watak Jack Sparrow. Lokasinya terletak tidak jauh dari Jonker Street dan merupakan sebuah replika kapal perang Portugis. Destinasi ini pasti memberi anda satu pengalaman yang unik dengan konsep persembahan penceritaan sejarahnya yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak. Terdapat pameran-pameran dan replika lain di dalam muzium kapal ini berserta dengan paparan informasi yang lengkap.
9) Muzium Istana Kesultanan Melaka
Kalau nak merasa bagaimana berada dalam Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Istana kayu ini dibina pada tahun 1984 dan yang menariknya ianya dibina dengan bersendikan pasak kayu yang merupakan satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka. Walaupun nampak seperti istana lama, tetapi dalamnya ada aircond, sesuai untuk anda datang lawati walaupun pada waktu tengahari.
10) Zoo Melaka & Night Safari
Destinasi yang paling popular kalau pelancong ingin beramah mesra dengan pelbagai spesis binatang yang dibawa khas baik dari dalam mahupun luar negara. Di sini juga ada persembahan yang mencuit hati terutamanya ketika melihat gelagat burung-burung yang jinak bergurau senda bersama pelatihnya yang diadakan pada setiap hari. Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah Safari Tour yang beroperasi setiap malam hujung minggu di mana pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam
11) Jonker Walk Street
Kalau di KL ada Petaling Street, di Melaka pula ada Jonker Street. Destinasi ini merupakan tempat menarik di Melaka yang unik untuk mencari barangan antik, kraftangan ataupun cenderahati di mana Jonker Walk ini menempatkan deretan gerai ala bazar. Waktu operasi untuk pasar malam di sini hanya pada hujung minggu & kebiasaannya mula meriah dari petang sehingga lewat malam. Bagi muslim mencari makanan halal di sekitar sini memang agak sukar kerana majoriti masyarakat di sini adalah berbangsa Cina.
12) Freeport A’Famosa Outlet
Bagi yang ingin mencari barangan berjenama samaada ada fesyen atau gadget peribadi bolehlah ke sini yang merupakan satu shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Mall ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barangan dan lebih kepada produk berjenama seperti Playboy, Nike, G2000 dan sebagainya. Ada juga sesetengah pelancong dan masyarakat setempat membandingkan destinasi ini seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang menawarkan harga barangan berjenama pada harga yang agak berpatutan.
13) Muzium Kastam Melaka
Muzium yang bertempat di bangunan yang pernah menjadi gudang simpanan dagangan British ini menempatkan pelbagai informasi menarik tentang sejarah & dunia Kastam Malaysia. Tarikan yang paling menarik di sini ialah melihat koleksi harta rampasan sejak tahun 50an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-Quran & sebagainya. Dan yang paling best, harga tiket adalah percuma.
14) Gereja St John
Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka.
15) Muzium Senibina Malaysia
Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di Melaka yang berlainan fungsinya di mana destinasi ini menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu yang ada khususnya di Melaka. Destinasi ini lebih tertumpu kepada sejarah seni bina rumah dan perkakasan untuk membina rumah tradisional orang dulu-dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunyai 2 tingkat.
Comments
Post a Comment