AKTIVITI PELANCONGAN DI SABAH
Assalamualaikum semua. Kalini saya ingin bercerita tempat menarik di sabah. Siapa lah taktahu kan Sabah ni terkenal dengan Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang. Cuaca di sana memang sejuk. Korang kena try hehe!
Seperti dua dunia berbeza, wilayah di Malaysia ini terkenal dengan kehadiran laut-laut membiru yang membenarkan para pengunjung menyelam untuk melihat keindahan hidupan laut. Tetapi, wilayah ini juga terkenal dengan kawasan-kawasan tanah tingginya yang memberikan suasana seakan-akan berada di luar negara. Sungguh, tidak terkira tempat menarik di Sabah.
Lokasi menarik bukan hanya sekitar Kundasang dan Gunung Kinabalu. Disebabkan terdapat pelbagai variasi destinasi pelancongan di Sabah yang boleh mengisi minat setiap pengunjung, maka kami akan berkongsi tempat menarik di Sabah bagi kaki pulau.
Destinasi menarik di Sabah
Mula-mula sekali, kami akan berkongsi destinasi pelancongan di Sabah yang melibatkan pulau-pulau dan pantai bagi mereka yang lebih gemarkan suasana laut yang tenang dan santai.
Tetapi, jangan risau! Kami tidak akan berkongsi pantai-pantai yang terlalu terkenal supaya apabila anda bercuti, tidaklah anda bersesak-sesak dengan ramai pengungunjung lain
1. Pulau Lankayan
Disebabkan tidak terlalu ramai pengunjung yang tahu akan kewujudan Pulau Lankayan ini, hanya terdapat satu tempat peranginan di pulau ini bagi tujuan para pelancong untuk beristirehat.
Pulau ini juga terkenal kerana menjadi habitat hidupan laut jerung paus yang kerap juga memunculkan diri di Pulau Lankayan ini. Bukan itu sahaja, suasana hijau yang menghiasi pulau ini juga menambahkan lagi keindahannya.
Sekiranya anda seorang penggemar hidupan laut, maka wajarlah untuk anda mengunjungi Pulau Lankayan ini. Bukan sahaja anda berkemungkinan dapat melihat jerung paus, tetapi anda juga boleh berpeluang melihat penyu-penyu laut kerana pulau ini juga terletak di Koridor Penyu Laut.
2. Pulau Mantanani
Gemarkan sebuah percutian yang jauh dari bandaraya dan betul-betul memberi ketenangan dan privasi? Maka, anda perlu menjadikan Pulau Mantanani destinasi percutian seterusnya untuk anda!
Pulau Mantanani terletak lebih kurang 4 jam dari bandar Kota Kinabalu, jadi anda pasti tahu bahawa pulau ini menawarkan ketenangan yang abadi tanpa kesibukan jalan raya serta bau-bauan asap kereta dan pencemaran bunyi dari sesaknya sebuah bandar.
Sekiranya anda seorang yang hendak berpengalaman atau memang gemarkan aktiviti-aktiviti laut, anda boleh menyertai aktiviti menyelam di pulau ini. Pasti anda dapat melihat pelbagai hidupan laut di bawah air yang biru tersebut!
3. Pantai Kudat
Jika anda seorang pencinta alam dan memang gemar menyaksikan fenomena-fenomena alam yang menarik, berkunjunglah ke Pantai Kudat dan menetaplah di Jalan Marang Parang untuk menyaksikan fenomena alam yang pasti akan membuatkan anda teruja!
Pada setiap bulan Mac hingga Julai, tepian Pantai Kudat di jalan ini akan dicahayai dengan beratus-ratus “lampu” kebiru-biruan yang indah. Ini sebenarnya disebabkan oleh bioluminescent plankton yang menyebabkan sebuah fenomena yang dikenali sebagai Fenomena Air Mata Biru.
Walaupun begitu, masih terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan fenomena ini tidak dapat dilihat seperti keadaan air laut, cuaca dan kecerahan langit malam tersebut. Tetapi, jika anda berkunjung ke sini, kami berharap anda dapat menyaksikan kejadian ini dan jadikan ia sebuah memori yang indah untuk anda.
Seterusnya, mari kita kenali tempat menarik di Sabah bagi mereka yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak dan sukan ekstrem seperti tempat pendakian atau hutan-hutan yang boleh diterokai.
4. Via Ferrata
Hanya bagi mereka yang kuat semangat dan tidak mudah gayat, Via Ferrata adalah sebuah aktiviti yang betul-betul mencabar keberanian dan kecekalan seorang individu yang gemarkan sukan ekstrem
Daki Gunung Kinabalu melalui laluan gunung (bukan trek!) yang mempunyai beberapa anak tangga, kabel, pagar-pagar dan titian yang merangkul permukaan batu gunung tersebut.
Walaupun ia berbunyi dan kelihatan terlalu ekstrem dan merbahaya, percaya atau tidak, inilah salah satu cara paling selamat untuk para pendaki naik ke puncak Gunung Kinabalu. Jangan risau, tentulah ada pemandu pelancong berpengalaman yang akan membantu anda ketika pendakian.
5. Gua Gomantong
Alami budaya tradisional di Gua Gomantong di mana anda dapat melihat beberapa penduduk tempatan masih mengait sarang-sarang buruk menggunakan tiang buluh dan tali-tali.
Tetapi, kami hendak memberi amaran kepada anda. Sekiranya anda seseorang yang sangat fobia dengan lipas, makan Gua Gomantong ini bukanlah tempat untuk anda kunjungi. Lagi pula, bumbung gua ini sudah menjadi habitat para kelawar, maka di lantainya pula sudah tentulah penuh dengan lipas-lipas, tikus, ular serta berbagai-bagai lagi serangga lain.
Sekiranya anda berkunjung ke sini, pemandu pelancong anda pasti tahu jalan-jalan terbaik untuk mengelak dari bertembung dengan haiwan-haiwan berbisa. Tetapi, bab lipas itu mungkin mereka tidak dapat membantu. Jadi, adakah anda cukup berani untuk melawat Gua Gomantong ini?
Sesudah berkunjung ke tempat menarik di Sabah yang telah kami senaraikan, terasa lapar pula. Jadi, ini adalah senarai tempat-tempat makan yang boleh anda kunjungi untuk menikmati makanan Sabah!
Comments
Post a Comment