PADANG-BUKIT TINGGI, INDONESIA

TEMPAT MENARIK DI PADANG-BUKIT TINGGI, INDONESIA



Hai dan Assalamualaikum semua,

Matlamat trip ke Padang ini adalah untuk memperkenalkan tempat pelancongan yang baru yang ada di Padang. Padang yang juga dikenali sebagai Minangkabau memang dekat dengan sangat Malaysia. Kalau naik kapal terbang, dalam 1 jam dah sampai sana.

Tahu tak korang, secara geografik, Minangkabau terdiri daripada bahagian Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan Negeri Sembilan kat Malaysia.

Dari Kuala Lumpur nak ke Padang, Indonesia hanyalah mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki pesawat dari KLIA ke Bandar Udara Internasional Minangkabau. Lapangan terbang di Padang ni takde la besar sangat, tapi cantik. Cantik sebab design kat dalam dia ada elemen Minangkabau.

1) Replika bot Malim Kundang



Bot ini terletak di kampung nelayan di Pelabuhan Muaro, kota Padang. Kalau teringin melihat kehidupan nelayan berjalanlah sepanjang muara ini di awal pagi.


2) Jambatan Siti Nurbaya



Siti Nurbaya ialah novel yang mengkritik adat tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera. Novel karya Marah Roesli di era 1930-an mengisah kegagalan percintaan Siti Nurbaya dan Samsul Badri kerana tidak dibenarkan adat dan budaya ketika itu.

Satu jambatan di kota Padang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya bersempena dengan kejayaan novel tersebut yang telah diulang cetak 11 kali. Lokasi ini dipilih kerana di sinilah pertemuan Datuk Malinggi dan bapa Siti Nurbaya. Dahulunya ia hanyalah sebuah jambatan kayu yang menghubungkan kota Padang dan Gunung Padang.


3) Masjid Raya Padang



Masjid Raya yang terbesar di Sumatera barat dan kedua di Sumatera dengan keluasan 40,343 meter persegi.

 

 4) Pantai Air Manis



Walaupun kota Padang hanyalah bandar transit untuk ke lokasi lain yang lebih menarik, ada juga tarikan pelancongan di sini seperti Pantai Air Manis yang ada patung Malim Kundang. Pernah dengar kisah si Tanggang tak? Bolehlah tengok di situ waktu air surut. Nak sewa ATV pun boleh dengan kadar 50k rupiah untuk setengah jam. Ketika air surut kita juga boleh menyeberang laut ke sebuah pulau berdekatan.


5) Air Terjun Lembah Anai



Air terjun ini di Kabupaten Tanah Datar jalan nak ke Bukit Tinggi, di tepi jalan yang sibuk. Jadi kita akan berhenti sebentar untuk ambil gambar sahaja.

Pernah dinobatkan sebagai desa terindah oleh sebuah tabloid Amerika mungkin atas sebab gabungan sawah padi, suhu dingin dan kedudukan kampung ini yang berada di kaki dan atas bukit dengan hanya tangga batu sebagai penghubung. Sihat sihat belaka warga tua sini.

 

6) Desa Pariangan



Pernah dinobatkan sebagai desa terindah oleh sebuah tabloid Amerika mungkin atas sebab gabungan sawah padi, suhu dingin dan kedudukan kampung ini yang berada di kaki dan atas bukit dengan hanya tangga batu sebagai penghubung. Sihat sihat belaka warga tua sini.


 7) Istano Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung)


Destinasi wajib pelancong... nanti aku buat satu entry khas sebab ada banyak gambar yang nak dikongsi. 

Yang bagusnya di sini kita boleh sewa baju tradisional untuk bergambar bermula dengan kadar 35k rupiah sahaja. Feeling ibarat pengantin sekejap.


 8) Jam Gadang, Bukit Tinggi



Ini pun tempat wajib bergambar, di tengah kota Bukit Tinggi. Tiada gambar full sebab waktu ni ada upgrading work work di sekitarnya.


9) Taman Panorama dan Lobang Jepang, Bukit Tinggi



Tempat persembunyian tentera dan senja api di zaman kekejaman tentera Jepun. Pelancong Jepun tidak pernah diberitahu tentang wujudnya tempat ini dan bila mereka tahu mereka berasa sangat malu. Orang Jepun sangat malu bila bangsanya berlaku kejam terhadap orang lain.



Comments